Memperkenalkan inilah dia Youngman Artiga iaitu versi Proton Satria Neo yang di jual di China oleh syarikat Youngman Automobile Group Ltd. Sebelum ini syarikat ini mengedar Proton Gen 2 di China yang di jenamakan semula sebagai EuropeStar.
Dapat di lihat beberapa perubahan ketara untuk model ini jika di bandingkan dengan Proton Satria Neo yang di jual di Malaysia. Banyak pengubahsuaian dilakukan dengan menggunakan Carbon Fibre. Antara yang nampak ketara ialah pada bonet, side skirt, spoiler, grill, bumper hadapan dan juga belakang.
Untuk makluman, Youngman Artiga ini menggunakan enjinnya yang dibekalkan dengan Supercharger, sama seperti Proton Lotus R3 Supercharged yang boleh menghasilkan 180 Kuasa kuda dan 200 Nm kuasa tork.
Di bawah ini pula ruang dalaman model ini. Permukaan dalamannya nampak ranggi dan sporty dengan gabungan warna hitam dan merah. Kerusi pemandu pula adalah di sebelah kiri.
Bahagian belakang model ini pula nampak perubahan yang ketara iaitu pada bahagian ekzos dan spoiler yang berbeza dari Proton Satria Neo yang dijual di Malaysia.
Bandingkanlah sendiri model Youngman Artiga ini denagan Proton Satria Neo di Malaysia....
0 comments:
Post a Comment