Blogger news

Thursday, May 19, 2011

Neymar menyatakan keinginan untuk menyertai Chelsea

Huhu..tengah mood bola plak ni...
Penyerang muda dari Brazil yang beraksi untuk kelab Santos baru2 ni menyatakan keinginan untuk mengembangkan kariernya di England. Untuk pengetahuan Neymar telah menolak tawaran Chelsea untuk membawa masuk penyerang berusia 19 tahun itu pada pertengahan musim 2010/2011 yang lalu. Haik! baru kau tau Liga England tu berprestig. Dulu jual mahal tak nak pergi.

"Saya sangat gembira apabila menerima tawaran Chelsea kerana setiap pemain mesti berkeinginan untuk bermain di kelab besar seperti Chelsea, tapi buat masa itu kekal di Santos adalah keputusan yang tepat", Neymar yang cakap. "Untuk bermain di eropah adalah suatu impian. Saya sangat berbangga dengan tawaran Chelsea yang lalu dan saya harap dapat bermain dengan baik supaya tawaran tersebut berlaku kembali..."


"Saya tahu bermain untuk Chelsea & Manchester adalah impian semua pemain. Saya kenal pemain yang hebat di England seperti Drogba, Lampard & Gerrard. Saya juga telah bercakap dengan Ramires serta David Luiz dan mereka berkata England adalah negara yang bagus dan London adalah tempat yang cantik untuk tinggal..."


Kat bawah ni adalah sebahagian aksi Neymar di atas padang...


Roman Abramovich adalah peminat Neymar dan sangat berminat untuk membawa Neymar ke Chelsea, tapi sekang ni Torres dah ada untuk mengisi tempat selaku penyerang. Agak2 jadi tak Chelsea bawak masuk Neymar?

psstt: Aduh! dulu kau beria sgt tolak..skang nak masuk balik.Cube kalau dari dulu kau masuk, kan bagus. Harap2 jadi la masuk..huhuu

0 comments: