Wednesday, May 11, 2011

Jersi Baru Chelsea Musim 2011/2012 (Home)

Walaupun musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2010/2011 belum pun berakhir, namun Chelsea sudahpun melancarkan jersi baru Chelsea musim 2011/2012 (home) baru-baru ini.

Jersi baru Chelsea ini di inspirasikan dari jersi Chelsea pada tahun awal 80 an dengan penggunaan jalur melintang berwarna biru yang berbayang berselang seli pada bahagian depan jersi.
 Frank Lampard menggayakan jersi baru Chelsea

Satu lagi kelainan ketara ialah penggunaan ' 3 stripes' yang berwarna biru di atas blok berwarna putih pada jersi dan seluar baru Chelsea ini. Jersi sebelum ini '3 stripes' nya adalah berwarna putih.
Jersi baru untuk penjaga gol Chelsea, Petr Cech

Untuk musim 2011/2012 ini, jersi penjaga gol adalah berwarna putih berjalur hitam. Kalau musim sebelum ini, jersi penjaga gol Chelsea kebanyakannya adalah berwarna hitam dan hijau. 

Sekian...

0 comments: