Proton Motorsport telah mengorak langkah dengan evolusi terbarunya setelah Proton Satria Neo R3 dilancarkan dengan jayanya. Bersempena dengan Formula 1 yang berlansung di Sepang 8-10 April lepas, Satria Neo R3 supercharged telah dilancarkan untuk penghargaan kepada Lotus Renault GP yang membawa jenama Group Lotus dan Proton.
Dengan penggunaan unit supercharged tork dan kuasa kudanya meningkat kepada angka 175hp dan 200Nm, lebih berkuasa dari versi Satria Neo R3 Lotus Racing.
Unit supercharger ini dikatakan dibekalkan oleh syarikat permotoran dari Australia ‘Sprintex’, di mana unit supercharger ini mampu untuk meningkat kuasa enjin Campro. Pemilik-pemilik kenderaan yang bernadikan enjin CamPro boleh la kira-kira duit kalau nak masuk supercharged ni kalau nak tingkatkan kuasa enjin mereka yerr.
Proton telah menempah 500 unit supercharger dari ATG Sprintex yang bernilai 600,000 Dollar Australia. Supercharger tersebut telah dibuat khas untuk Satria Neo yang bakal mula dihantar secara berperingkat mulai Oktober depan. Selain itu ATG dan Proreka menandatangani perjanjian untuk mengkaji pembuatan unit supercharger tersebut di Malaysia.
Luaran kereta ini menarik perhatian lama apabila menggunakan corak dan warna seperti kereta F1 Lotus Renault GP iaitu warna hitam dan corak berwarna emas.
Adakah kereta ini dikeluarkan hanya untuk penghargaan kepada Lotus Renault GP ataupun akan dijual secara eklusif??? Mari kita nantikan ia di pasaran..
0 comments:
Post a Comment