Blogger news

Thursday, May 19, 2011

Enzo Zidane (Anak Zinedine Zidane) Dilamar Manchester United Dan Juventus


Inilah dia anak lagenda bolasepak dunia Zinedine Zidane, iaitu Enzo Zidane yang kini mula di pancing kelab-kelab elit Eropah antaranya Manchester United dan Juventus. Ketika ini Enzo Zidane yang berusia 16 tahun bermain untuk skuad remaja Real Madrid. Di khabarkan Manchester United dan Standard Liege bersaing mahukan khidmat Enzo secara pinjaman terlebih dahulu.


Sir Alex Ferguson berminat untuk mendapatkan khidmat Enzo Zidane untuk mengantikan Paul Scholes di bahagian tengah dan menjangkakan Enzo mampu mengisi tempat itu. Enzo Zidane yang mewarisi bakat menggelecek bola dari ayahnya di katakan sukar untuk meninggalkan Real Madrid kerana ayahnya adalah penasihat kelab Galaticos itu.


Bukan sahaja kelab-kelab elit Eropah mahukan khidmat beliau bahkan Sepanyol dan Perancis berebut mahukan Enzo bermain bawah 17 tahun untuk negara masing-masing. Lihatlah sedikit sebanyak gambaran Enzo yang dibayangi ayahnya...



sekian...



0 comments: