Blogger news

Wednesday, May 18, 2011

Kereta Hibrid Proton Exora Menang di United Kingdom

salam..
Mintak maaf sebab bawak berita yang sedikit lambat. Tapi disebabkan jiwa aku yang minat bidang permotoran ni aku rase perlu dikongsikan sebab baru aku ada kesempatan untuk berkongsi. Berite ni pasal Proton menyertai pertandingan kereta untuk zaman akan datang yang dianjurkan oleh RAC (Royal Automobile Club - United Kingdom) pada November lalu. Pertandingan ini melibatkan hanya kereta-kereta otomobil yang tidak terlalu mencemar udara dengan pengeluaran asap, karbon dioksida dan monoksida.


Hampir semua syarikat-syarikat otomobil di dunia telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan kereta elektrik dan hybrid ciptaan mereka untuk masa depan (future). Kereta-kereta ini dikehendaki berjalan dari Brighton ke London, perjalanan sejauh lebih kurang 60 batu (miles).

Diantara jenama yang terkenal yang mengambil bahagian ialah Toyota (Jepun), Volkswagen (Jerman) dan General Motors (Amerika Syarikat). Ada yang mengambil bahagian dengan kereta yang sudah dipasarkan dan ada yang belum dipasarkan.   

Proton menyertai dengan sebuah kereta Exora untuk pertandingan ini yang menggunakan sistem yang, selain daripada amat kurang mencemarkan udara tetapi juga menggunakan bahan bakar petrol yang amat sedikit.


Exora mendapat tempat pertama dalam kategori Extended Range Electric Vehicle (kereta elektrik yang ditingkatkan jarak perjalanannya) serta juga memenangi dalam semua kategori termasuk kereta elektrik (EV - Electric Vehicle), kereta yang ditingkatkan jarak perjalanan (extended range EV), hybrid (menggunakan enjin petroleum dan elektrik bersama) dan minyak diesel. 

Exora mencatat ekonomi penggunaan petrol sebanyak 136 batu (miles) bagi satu gelen. Tempat kedua hanya mampu mencatat jarak 62 batu (miles) bagi satu gelen - iaitu kurang separuh daripada kebolehan Proton Exora.

Keputusan pertandingan ini jelas menunjukkan yang teknologi Proton jauh lebih baik daripada teknologi lain-lain jenama. Sementara itu Proton Saga elektrik juga mendapat kemenangan tetapi syarikat-syarikat lain membuat protes. Pihak Proton telah membantah terhadap protes ini.


Selain daripada kurang mencemar udara dan jarak perjalanan bagi satu gelen petrol kereta Exora dan Saga mampu memuatkan jumlah penumpang sepenuhnya dan bootnya (tempat simpanan barang) juga mempunyai kapasiti biasa. Hampir semua kereta lain terpaksa menggunakan boot dan tempat duduk belakang untuk bateri.

Kejayaan Proton dalam pertandingan ini membuktikan kemampuannya bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi dunia dalam teknologi elektrik, extended range electric dan hybrid. 


Proton sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan Saga Elektrik dan Exora Extended Range untuk pasaran dunia. Buat kali pertama Proton mempunyai harapan untuk bersaing dalam pasaran kereta bermotor di seluruh dunia.
 
Proton sememangnye sudah bersedia untuk berada di dalam 'ERA TEKNOLOJI HIJAU'.

 Info: Sikit tambahan maklumat untuk sume mengenai Exora Hibrid. Kat Malaysia setakat ni Proton mendominasi sebagai syarikat kereta tempatan yang membangunkan kereta hibrid ni. Malah yang membanggakan Proton Exora Hybrid telah mencatatkan kemenangan di UK macam dalam entri aku yang kt atas ni.


Pernah tak kite terpikir sebab apa Proton Exora di'design' sedimikian rupa pada bahagian yang bertanda bulat merah tu? Terdapat cutting pada chassis luar bahagian belakang Exora ni yang tak terus bersambung hingga ke hujung sebelum bertemu ruangan bagasi belakang.....
 
Ini mungkin bertujuan untuk kemudahan kereta Exora pada masa akan datang dimana ia dijana oleh nadi enjin Hibrid. Seperti gambar dibawah, fungsi bahagian dalam bulatan merah tu adalah sebagai tempat soket pengecas bateri bagi enjin Hibrid...
 
Ni plak stesen pengecas bateri...

Kereta ni masih menggunakan minyak petrol cuma yang menjadikan ia 'green science' ialah kurang minyak digunakan berbanding kereta biasa. Bila kurang minyak, maka kurang pembebasan CO2 ke udara dan sudah tentu lebih bersih udara kita. 
Sikit info pasal Exora Hibrid...

Kita dapat tengok kat info atas ni, Exora Hibrid tidak membebaskan CO2 langsung pada 'EV Mod'. Memang la sebab mase 'EV Mode' die guna bateri kan. Tapi pape pun TAHNIAH Proton sebab dah buat yang terbaik untuk 'Green Car' ni sampai dapat pengiktirafan antarabangsa. Pujian memang patot diberi kat engineer Proton ni. 
Syabas!
 


0 comments: