Ehem...Dubai yang dahulunye hanyalah sebuah padang pasir kini telah berubah menjadi salah satu tempat pelancongan yang termasyur di dunia. Dengan wujudnya beberapa binaan bertaraf dunia yang kreatif dan dianggap mustahil satu masa dulu. Antara binaan yang popular dan menjadi sebagai simbol kepada Dubai tu sendiri seperti Burj Khalifa iaitu menara tertinggi di dunia sekarang ni, Pulau buatan yang dipanggil Palm Island, Hotel Burj Al-Arab dan sebagainya. Hurm..untung juga la siapa yang dapat melancong menghabiskan cuti semester ke sana. Lihat saja perubahan yang dialami Dubai...sangat drastik...
Dubai dahulu
Dubai pada tahun 2005
Bangunan Burj Dubai adalah bangunan pencakar langit yang tertinggi di Dunia. Ketinggian bangunan ini adalah 828 m (2,717 kaki). Pembinaannya dimulakan pada 21 September 2004, dan ia siap pada 1 Oktober 2009. Bangunan ini dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Bangunan ini berfungsi sebagai pejabat, kediaman, lot perniagaan dan hotel. Ia adalah salah satu tempat tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Inilah bangunan tertinggi di dunia: Burj Dubai/Khalifa
Burj al-Arab atau dalam bahasa Arab yang bermaksud "Menara Arab", adalah sebuah hotel mewah yang terletak di Dubai, Uni Emirat Arab. Bangunan Burj al-Arab, di'design' oleh Tom Wright, mencapai ketinggian 321 meter dan adalah bangunan tertinggi yang sepenuhnya digunakan sebagai hotel. Bangunan ini berdiri di sebuah pulau buatan yang berada 280 m lepas pantai di Teluk Persia. Burj al-Arab dimiliki oleh Jumeirah.
Hotel Burj al-Arab
The Palm Jumeirah merupakan pulau buatan yang berbentuk pokok kelapa sawit dengan cakupan sebuah batang, sebuah mahkota dengan 17 daun, dan sebuah pulau berbentuk sabit yang mengelilingiya dan membentuk 11 kilometer pemecah gelombang. Pulau ini memiliki luas 5 km x 5 km dan total areanya lebih besar daripada 800 lapangan sepak bola. Pulau mahkota dihubungkan dengan Dubai oleh sebuah jembatan sepanjang 300 meter dan pulau sabit dihubungkan dengan ujung atas palem oleh terowongan bawah laut. Untuk 2-3 tahun ke depan, pariwisata di Dubai semakin meningkat, The Palm Jumeirah dapat dikatakan sebagai salah satu resor utama dunia. The Palm Island sendiri dianggap sebagai ‘Keajaiban Dunia ke-8′. Pulau ini akan menggandakan pesisir pantai Dubai. Sebuah monorel dibangunkan di pulau ini yang dapat mengangkut 2,000-3,000 orang masuk dan keluar pulau setiap jam.
Palm Island, Dubai
Banyak lagi binaan yang bertaraf luar biasa dan unik akan di bina atau dalam proses pembinaan sekarang ni seperti Lilypad Floating City, Dubai Airport dan sebagainya. Berikut sedutan dari episod 'Discovery Channel of Impossible City Dubai'...
Video selanjutnye bole didapati di dalam youtube...
Sekian...
Syittt: dah ngantuk dah ni.Mintak2 nanti tido mimpi pasal Dubai...
2 comments:
nice
Apakah ada anekdot atau pengalaman pribadi yang dibagikan dalam postingan blog yang menawarkan pemahaman lebih dalam kepada pembaca tentang daya tarik dan pesona Dubai? Bagaimana narasi-narasi ini berkontribusi dalam menangkap esensi karakter dan semangat kota yang unik? Regard Telkom University
Post a Comment