Blogger news

Wednesday, June 8, 2011

Pencegah kanser?? Kebaikan Antioxidant unuk Badan Kita


Intro: Korang pernah tau tak dalam badan kita ni sebernarnya memang dah ada sel kanser?  Tapi selagi ia tak membesar ia tidak membahayakan kita. Nak tau dengan lebih terperinci, baca entri kali ni sampai habis ye...


Salam semua...
Entri hari ini adalah mengenai kesihatan untuk tubuh badan kita, al-maklumlah sekarang ni orang dah mula 'concern' pasal kesihatan badan. Kerap kali aku ditegur mengenai pemakanan ni dari seseorang yang amat mengambil berat terhadap diri ini(hehehe). Biasalah semua tempat makan aku sebat dari restoran mamak sampailah ke 'fast food'. Dan aku diberi tahu dari apa yang awek aku punya 'lecturer' ajar, makanan ni adalah sumber bagi segala penyakit. Dia juga percaya yang makanan ni juga boleh membentuk peribadi seseorang sama ada baik atau jahat. Btol jugalah apa yang 'lecturer' dia cakap tu bila difikirkan balik. Hari ni aku nk cerita pasal 'antioxidant in food' (cewah). Mesti ramai yang penah dengar pekataan ni kan??? Bunyi je sahaja macam penting kan. Sebenarnya antioxidant ni teramatlah penting untuk badan kita lagi-lagi untuk mengelakkan pelbagai jenis penyakit. Seperti contoh:


1.  KANSER 
  • Antioxidant dapat melawan radikal bebas '(free radical)' di dalam badan kita. 'Free radical' ni sebenarnya dapat 'stimulate'kan sel-sel kanser dlm badan kita untuk membesar. Seperti yang kita tau dalam badan kita memang dah ada sel kanser tapi selagi ia tak membesar dia tidak membahayakan kita. Pengambilan makanan yang ada antioxidant amatlah penting untuk mengelak dari terkena kanser..insyaAllah. 


2.  ARTHIRITIS
  • Boleh elakkan kita dari risiko penyakit ARTHRITIS. (contoh: sakit lutut) orang tua selalunya mempunyai penyakit ini


3.  SAKIT JANTUNG dan STROKE (Angin ahmar)

4.  Haa..yang ini paling aku paling suka. Boleh jadi AWET MUDA wa ckp lu!!


Inilah illustrasi bagaimana antioxidant menjalankan kerja

Fungsi agen antioxidant terhadap tubuh badan kita

Selalunya antioxidant ni ada dalam vitamin C dan E, jadi makanlah makanan yang ada banyak kandungan vitamin C dan E dalam buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya makanan yang berwarna macam 'carrot', tomato, buah oren dan sebagainya. Kalau boleh makanlah bermacam-macam jenis sayur dan buah. Jangan makan benda yang sama je.

Pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran pelbagai warna yang mengandungi agen antioxidant

Kandungan antioxidant dalam buah-buahan dan sayur-sayuran

Sesiapa yang tak suka makan buah dan sayur boleh la mengambil 'supplement' tambahan. Tapi kalau ada 'side effect' aku tak jamin yer, jadi periksa dulu kandungan 'supplement' sebaik-baiknya serta minta nasihat dari doktor yang bertauliah sebelum mengambilnya. Huhu..ok lah itu saja pasal entri yang aku nak kongsi dengan semua kali ni. Wassalam...

pssttt: credit tuk awek aku pasl info ni. maceh ye wak..^_^

4 comments:

De Histology said...

thanks for the information ... I also was learning about this... :D
http://dehistology.blogspot.com

kamenrider said...

benda ni pn my gf yg bgtau..die amik biotech^^

Nur said...

free radicals stimulate cancer cells eh?owh, baru tahu

kamenrider said...

yup2^^