Blogger news

Wednesday, June 22, 2011

Andre Villas Boas Pengurus Baru Chelsea



Intro: Welcome home again Andre Villas Boas! Tu je yang aku nak cakap. Kalau nak tau sebab apa, teruskan membaca. Huhuhu

Roman Abramovich memecahkan rekod dunia £ 13.25million untuk menjadikan Andre Villas Boas pengurus baru Chelsea. Itulah kos luar biasa untuk yuran pelepasan Villas-Boas, 33, dari Porto. Rekod baru bagi mana-mana pemindahan pengurus bola sepak di dunia.
sah menjadi milik Chelsea 

Untuk rekod, Villas Boas pernah menjadi penolong dan jurulatih Chelsea di bawah Jose Mourinho pada 2004 hingga 2007 kemudian menyertai Porto sebagai ketua jurulatih Jun 2010 dan membawa Porto memenangi kejuaraan treble iaitu Liga Portugal, Piala Portugal dan Liga Europa dan beliau adalah pengurus termuda memenangi pertandingan tersebut pada usia 33 tahun. Villas-Boas juga menjadi pengurus termuda dalam sejarah Liga Perdana England(EPL) dengan membimbing Chelsea.


Berikut adalah sedikit gambar AVB ketika membantu Mourinho di chelsea suatu ketika dulu
pernah mengecap kejayaan liga bersama Mourinho


masih muda ketika menjadi pembantu Mourinho 


sebagai 'scout' dalam skuad Chelsea dahulu

Villas-Boas, yang belajar pegurusan bola sepak di bawah Sir Bobby Robson dan Jose Mourinho, mengambil alih di Porto musim panas lalu. Beliau telah membawa Porto memenangi empat trofi dalam satu musim - Liga Europa, Liga Portugis, Piala dan Piala Super.

Dan pemilik The Blues Roman Abramovich dikhabarkan bakal mengeluarkan £26.5m bagi mendapatkan penyerang sensasi Porto, Falcao. Manakala penyerang sensasi yang dikaitkan dengan Chelsea, Falcao adalah antara kunci dan pemain utama yang membawa Porto kepada empat kejuaraan ini dan mempunyai baki 2 tahun dalam kontrak bersama Porto. 


Dia menjaringkan 17 gol di Eropah, termasuk jaringan kemenangan perlawanan akhir menentang Braga.Claudio Mossi, ejen Falcao, malam tadi berkata: "Jika Villas-Boas adalah jurulatih baru Chelsea, ia adalah perkara biasa jika pemain yang rapat dengannya mengikut jejak langkahnya." Falcao telah menyertai Porto pada 2009 dan mempunyai rekod jaringan menakjubkan dengan menjaringkan 41 gol dalam hanya 50 penampilan.


psstt: AVB seakan membawa sinar harapan baru la pulak kepada 'die hard fans' macam aku ni. Hahaha. Tak dapat bawak masuk Mourinho, dapat 'Mini Mourinho' pun jadilah.

0 comments: