Blogger news

Thursday, June 30, 2011

koleksi rekaan barang yang kreatif



Salam...
Pagi ni aku nak membawakan satu entri berkaitan dengan rekaan barangan kreatif yang pernah tercipta. Banyak bukan rekaan kreatif yang sudah tercipta macam iklan kreatif yang pernah aku 'post' dulu (link1 dan link2). Kali ni aku akan bawakan rekaan design kreatif yang terdapat pada sesuatu produk dan mungkin korang tak pernah lagi tengok.

Part pertama adalah rekaan kreatif yang terdapat pada beg...


gambar atas adalah keadaan beg sebelum dan selepas dipegang...

ni pula keadaan beg ketika digalas...macam sakit je orang yang kat beg tu..haha

  errr...dilarang membawa senjata api di khalayak ramai ye....

kalau teringin nak rase macam mana memimpin anak bersiar2 boleh la pakai beg ni ye...

Part ke dua ni pula mengenai nilai kreativiti yang ada pada rekaan sesebuah cawan macam kat bawah ni...



ok tak? Hehehe


Opss!! Hahaha...

macam ada 3 lapis cawan bukan? 


eksklusif kepada sesiapa yang fanatik bola...


fuh! design cawan yang paling 'extreme' ni...

Sebenarnya banyak barang yang mempunyai nilai kreativitinya sendiri, cuba kita perhatikan benda yang ada disekeliling. Tapi kalau nak tunjuk kreatif tak payah la nak buat benda macam cawan berkonsepkan jamban ye tak. Apa2 pun, kreatif bukan? Hehehe....

Wednesday, June 29, 2011

andai telur ada perasaan??

Salam...
Korang semestinya pernah masak telur kan? Takkan lah tk pernah. Tak kira lah masak telur macam mana cara sekalipun, goreng telur dadar ke, telur mata ke, telur hancur ke. Namun, kali ni aku bukan nak post entri pasal cara memasak telur, tapi aku nak post satu entri mengenai 'perasaan telur'. Bukan aku nak cakap telur tu ada perasaan, tapi kali ni cuba korang bayangkan jikalau telur tu ada perasaan. 

Diketuk2 dengan sudu nak bagi pecah sebelum di masukkan ke dalam kuali. Ada pula telur tu pecah akibat terjatuh atas kecuaian manusia tu sendiri. Kalau korang tak kisah membazir takpe lah tapi pikirkan lah sekali hati dan perasaan telur tu.Haha. Kat bawah ni aku sediakan sebahagian dari koleksi spontan telur2 tersebut ketika menghadapi saat2 paling mencemaskan sebelum di masak.

 mereka ceria ketika berada di tempat yang dingin..ohh..amat selesa sekali...

perasaan telur bila diketuk2...

reaksi sekumpulan telur melihat sebiji telur pecah untuk dimasak...

mereka ketakutan menuggu giliran untuk dimasak....

reaksi satu puak telur melihat sebiji telur lain pecah akibat terjatuh pada ketinggian meja dapur...

Demikianlah satu episod yang menakutkan bagi telur2 diseluruh dunia. 

Pengajaran: Di harap anda semua mengambil iktibar. Kalau tak kisah dengan harga telur yang sebiji 30sen tu sampai nak dibuat baling2 semasa hari jadi rakan anda, tapi fikirkanlah seketika perasaan telur2 tu semua. Dah la berkorban untuk untuk bagi orang makan takpe lah lagi. Ni dibuat baling2 kat orang. Ish3, membazir sungguh.

Untuk korang yang ingin melihat entri koleksi gambar kreatif yang lepas boleh klik link ni.

psstt: ape yang aku merepek ni. Hahahahaha

Tuesday, June 28, 2011

bermain angry bird rio di komputer

Salam..
Dulu aku pernah menulis entri mengenai aplikasi permainan Angry Bird yang boleh di mainkan di pelayar web Chrome (seperti pada link ni) kan. Tetapi kali ni aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai versi baru aplikasi permainan Angry Bird yang di keluarkan tahun 2011 ni yang diberi nama Angry Bird Rio. 


Kali ni ia boleh di muat turun serta perlu di 'install' pada komputer korang sebelum boleh dimainkan. Di bawah ini adalah sabuah 'screenshot' game Angry Bird Rio.

    Antara peringkat yang akan korang lalui bila bermain Angry Bird Rio ni...

Cara memasang a.k.a 'install' game Angry Bird Rio ni di komputer korang: 
  1. 'Extract' file
  2. 'Run' aplikasi Angry Birds Rio v1.1.0.exe
  3. Masukkan no siri (no siri terdapat di dalam file 'Angry Birds Rio v1.1.0 Serial.txt' )
  4. Bermainlah dengan riang!

psstt: aku ngah kusyuk men Angry Bird Rio ni..haha


Sunday, June 26, 2011

keputusan perodua eco-challenge 2011


Politeknik Ungku omar Juara Perodua Eco-Challenge 2011


Intro: Dah banyak blog aku buka pasal Perodua Eco-Challenge ni, semuanya hanya memberitahu gambaran serta cerita kemenangan pasukan tertentu je tanpa memberi keputusan penuh mybe kerana pasukan poli yang jadi juara kot sebab tu dorang tak tulis keputusan penuh. Takpe, aku akan membuat entri khas kali ni bagi menghargai kemenangan team poli dari Politeknik Ungku Omar atas kejuaraan yang dirangkul beberapa hari yg lepas.

AKTIVITI : PERODUA ECO-CHALLENGE 2011
TEMPAT : MIMC MELAKA INTERNASIONAL MOTORSPORTS CIRCUIT
TARIKH : 25 JUN 2011
CHAMPION : LONGEST DISTANCE


CATEGORY : LONGEST DISTANCE

JUARA : POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO) | RM20,000 - 24.07 km
NAIB JUARA : UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) | RM10,000 - 19.1 km
KE TIGA : UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) | RM5,000 - 17.42 km
KE EMPAT : UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)
KE LIMA : UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UniKL-MSI) - 13.4KM

CATEGORY : ENGINEERING

CHAMPION : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) | RM15,000
1st RUNNER UP : UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) | RM10,000
2nd RUNNER UP : UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UniKL-MSI) | RM5,000

CATEGORY : DESIGN / PARTICIPATION

CHAMPION : UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) | RM5,000
1st RUNNER UP : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) | RM3,000
2nd RUNNER UP :UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) | RM1,000

 
Datang Eco-Challange bukan utk jd peserta tapi utk jd juara...

Politeknik ungku Omar- JUARA ketegori 'Longest Distance'...

PUO team juara dicelah2 kelompok Universiti besar.... 

Gah di pentas IPT walaupun hanya bertaraf politeknik....

PASUKAN : UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
NO. KERETA : 1

PASUKAN : UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)
NO. KERETA : 2

PASUKAN : POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
NO. KERETA : 3

PASUKAN : POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
NO. KERETA : 4
 

PASUKAN : UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
NO. KERETA : 5

PASUKAN : UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIA SPANISH INSTITUTE (UniKL-MSI)
NO. KERETA : 6

PASUKAN : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
NO. KERETA : 7

PASUKAN : UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
NO. KERETA : 8

PASUKAN : UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)
NO. KERETA : 9

PASUKAN : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
NO. KERETA : 10

PASUKAN : POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)
NO. KERETA : 11

PASUKAN : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
NO. KERETA : 12

PASUKAN : UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
NO. KERETA : 13

PASUKAN : PERODUA e-MOTION
NO. KERETA : 14

pssstt: penulis berbangga dengan PUO. Hehehe

Saturday, June 25, 2011

koleksi iklan kreatif episod 2


Dulu aku pernah post satu entri pasal  gambar menceritakan segala - iklan paling kreatif. Kali ni pun same aku nak tulis entri pasal iklan yang kreatif juga. Iklan kreatif kali ni terdapat pada bas, macam biasalahkan orang wat iklan mestilah untuk mem'promote' barang atau produk dorang. Tapi disebabkan idea pengiklanan dorang yang kreatif aku jadikan ia satu entri untuk pengunjung blog ni. Jom tengok koleksi iklan kat bawah ni...


Ni iklan ubat untuk berhenti merokok... 

Ni pula iklan makanan hanjing...  

Iklan kamera ye... 

Ni iklan gula2 pencuci mulut...

Iklan 'National Geographic Channel'... 

Iklan membeli belah. Konon terbeliak mata la dengan portongan harga jualan barang...

Kreatif bukan? Gambar menceritakan segalanya...    

Thursday, June 23, 2011

kereta polis 'sheriff'di need for speed kini di malaysia


Cuma nak cakap kreatif la kepada mamat yang dah 'make up' dia punya Produa Viva menjadi salah satu kenderaan dalam permainan 'Need for Speed'. Aku fikir kes terbawa2 dari alam video permainan ke alam nyata pun berlaku ni. Bagi sesiapa yang pernah main video permainan 'Need for Speed' tau la. 

Tapi bagi sesiapa yang tak pernah main permainan tu dan tak layan pun 'game' tu takpe, aku kasi gambar kat bawah ni kereta polis 'sheriff' yang dikatakan diatas.



Ni pula kereta Viva yang di 'make up' menjadi 'sheriff car'


Kretif bukan?

Wednesday, June 22, 2011

Andre Villas Boas Pengurus Baru Chelsea



Intro: Welcome home again Andre Villas Boas! Tu je yang aku nak cakap. Kalau nak tau sebab apa, teruskan membaca. Huhuhu

Roman Abramovich memecahkan rekod dunia £ 13.25million untuk menjadikan Andre Villas Boas pengurus baru Chelsea. Itulah kos luar biasa untuk yuran pelepasan Villas-Boas, 33, dari Porto. Rekod baru bagi mana-mana pemindahan pengurus bola sepak di dunia.
sah menjadi milik Chelsea 

Untuk rekod, Villas Boas pernah menjadi penolong dan jurulatih Chelsea di bawah Jose Mourinho pada 2004 hingga 2007 kemudian menyertai Porto sebagai ketua jurulatih Jun 2010 dan membawa Porto memenangi kejuaraan treble iaitu Liga Portugal, Piala Portugal dan Liga Europa dan beliau adalah pengurus termuda memenangi pertandingan tersebut pada usia 33 tahun. Villas-Boas juga menjadi pengurus termuda dalam sejarah Liga Perdana England(EPL) dengan membimbing Chelsea.


Berikut adalah sedikit gambar AVB ketika membantu Mourinho di chelsea suatu ketika dulu
pernah mengecap kejayaan liga bersama Mourinho


masih muda ketika menjadi pembantu Mourinho 


sebagai 'scout' dalam skuad Chelsea dahulu

Villas-Boas, yang belajar pegurusan bola sepak di bawah Sir Bobby Robson dan Jose Mourinho, mengambil alih di Porto musim panas lalu. Beliau telah membawa Porto memenangi empat trofi dalam satu musim - Liga Europa, Liga Portugis, Piala dan Piala Super.

Dan pemilik The Blues Roman Abramovich dikhabarkan bakal mengeluarkan £26.5m bagi mendapatkan penyerang sensasi Porto, Falcao. Manakala penyerang sensasi yang dikaitkan dengan Chelsea, Falcao adalah antara kunci dan pemain utama yang membawa Porto kepada empat kejuaraan ini dan mempunyai baki 2 tahun dalam kontrak bersama Porto. 


Dia menjaringkan 17 gol di Eropah, termasuk jaringan kemenangan perlawanan akhir menentang Braga.Claudio Mossi, ejen Falcao, malam tadi berkata: "Jika Villas-Boas adalah jurulatih baru Chelsea, ia adalah perkara biasa jika pemain yang rapat dengannya mengikut jejak langkahnya." Falcao telah menyertai Porto pada 2009 dan mempunyai rekod jaringan menakjubkan dengan menjaringkan 41 gol dalam hanya 50 penampilan.


psstt: AVB seakan membawa sinar harapan baru la pulak kepada 'die hard fans' macam aku ni. Hahaha. Tak dapat bawak masuk Mourinho, dapat 'Mini Mourinho' pun jadilah.