Blogger news

Tuesday, June 7, 2011

Kerajaan melancarkan portal 1pengguna.com


Intro: Mesti korang dah dengarkan pasal laman portal untuk pengguna di Malaysia melalui hebahan media elektronik atau pun media cetak. Nak tau lagi lanjut teruskan membaca entri kali ni...

7 jun 2011 Kerajaan telah melancar satu portal bagi memberi pengetahuan, info kepenggunaan, harga barangan runcit serta bermacam-macam lagi kemudahan khas bagi pengguna di Malaysia. Portal atau laman web tersebut boleh di buka di 1pengguna.com


Portal ini dilengkapi dengan kemudahan seperti forum, ia juga dapat memberi info tentang harga semasa barangan di negara ini serta pengguna boleh membuat perbandingan harga barangan keperluan harian melalui aplikasi yang dipanggil 'pricewatch' yang berada di 'interface' laman portal tersebut.

  Sedikit gambar 'interface' laman portal 1pengguna.com dan di kawasan yang di petakkan adalah aplikasi 'pricewatch'

Aplikasi 'pricewatch' yang berfungsi sebagai pembanding harga barangan. Click! saja dan buatlah perbandingan


Diharap portal ini sedikit sebanyak dapat membantu para pengguna di negara ini dari segi hak kepenggunaan dan membantu pengguna dalam membuat setiap keputusan bagi membeli apa barang keperluan sekali pun. Semoga laman web  ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.

Sekian...

3 comments:

PenDekAr LauT said...

Baguslah post ni bro.. Memberi info pd org ramai berkaitan info semasa dan bandingan harga barangan.

Hanis Atikah said...

yer..yer .. sokong3x...

kamenrider said...

maceh2..juz kongsi ap yg penting ngn kwn2^^