Blogger news

Saturday, June 4, 2011

jambatan tertinggi di dunia



Pernah tengok cerita movie Mr. Bean yang bertajuk Mr. Bean Holiday? Dalam cerita tu ada satu adegan dimana Mr. Bean menggembara pergi bercuti dengan kereta dan telah melalui sebuah jambatan yang sangat tinggi.  



Sedar tak kita jambatan tersebut adalah jambatan yang tertinggi di dunia yang di namakan Jambatan Millau Viaduct (bahasa Perancis : le Viaduc de Millau). Jambatan ini memiliki ketinggian sekitar 343 meter dan mempunyai panjang keseluruhan 2,460 meter (2.46 Km). Bandingkan dengan menara Eiffel yang memiliki ketinggian sekitar 300 meter, itu bererti tinggi jambatan ini sama seperti tinggi menara Eiffel di Paris. 


Fakta-fakta mengenai jambatan ini :
  1.  Tiang kaki-kakinya adalah tertinggi di dunia: tiang P2 setinggi 244,96 meter dan P3 221,05 meter, memecahkan rekod di Perancis yg sebelumnya dipegang oleh Tulle and Verrieres Viaducts (141 meter), dan rekor dunia yang sebelumnya dipegang oleh Kochertal Viaduct (Jerman) yangg berketinggian 181 meter.
  2. Tiang jambatannya tertinggi di dunia: puncaknya mencapai tinggi 343 meter yang berada di atas tiang P2.
  3. Bahagian jalan raya jambatan tertinggi di dunia: terletak pada ketinggian 270 meter di atas permukaan laut pada kedudukan titik tertingginya. Jambatan gantung Royal Gorge Bridge (321 meter) di Colorado, Amerika adalah yang lebih tinggi, namun itu pun hanya digunakan untuk pejalan kaki.


Berikut adalah gambar-ganbar pemandangan jambatan Millau Viaduct iaitu jambatan tertinggi di dunia setakat ini.


Bermula dengan gambar semasa jambatan ni sedang dalam proses pembinaan.

Dan gambar seterusnya adalah gambar di mana setelah ia disiapkan.


Sikit video pasal jambatan tertinggi di dunia ni.


Jambatan ini dirancang oleh Michel Virlogeux dan Norman Foster serta telah dirasmikan penggunaannya pada 14 Disember 2004 ianya terletak di Millau, Perancis.


psstt: gayat oiii!!!      

4 comments:

Cik Nyna said...

malaysia kena buat jugak jambatan macam ni, dari ipoh ke pantai timur .. mesti cepat sampai ;p

kamenrider said...

hahaha..gayat uiii @.@

Unknown said...

best tgk video ir yg bwat jmbtan nih,huhu

kamenrider said...

hustler2 n otai ir tu..^^