Blogger news

Tuesday, July 19, 2011

Tasik Paling Cantik Di Dunia


Jika anda mahu melihat keindahan alam paling cantik di muka bumi ini, silalah datang ke Tasik Plitvice yang terletak di Croatia. Tasik ini diwartakan sebagai Taman Negara tertua di Eropah yang mempunyai 16 tasik yang membentuk Taman Negara Tasik Plitvice.


Tasik-tasik ini di kelilingi oleh 3 gunung. Dipercayai tasik-tasik ini mempengaruhi warna ketiga-tiga gunung itu. Warna gunung berubah mengikut musim dan kuantiti mineral di dalamnya. Ada kalanya gunung akan bertukar warna kepada hijau, biru dan kelabu. Cahaya matahari juga mempengaruhi keadaan ini.


Anda  akan berasa kagum keindahan tasik yang mengalir melalui gunung-ganang di Croatia ini.  Tasik ini menjadi daya tarikan pelancong sejak abad ke-19 sebelum diwartakan sebagai Taman Negara. 




Tasik yang bersempadan dengan Bosnia dan Herzegovina pernah menjadi tapak berek tentera Bosnia suatu ketika dahulu dan kemudian UNESCO mengubah kawasan ini sebagai tapak warisan dunia.




Terdapat dua belas tasik di bahagian atas dan empat tasik di bahagian bawah yang terbentuk daripada gunung-ganang itu. Sekali-sekala, anda dapat melihat ikan berliuk-liuk di  permukaan tasik manakala serigala dan rusa keluar dari hutan membongkok di tasik untuk menghilangkan kehausan.


Tasik Plitvice adalah salah satu ciptaan Tuhan yang tercantik di muka bumi ini. Banyak lagi ciptaan tuhan yang cantik dapat kita lihat andai kita memerhati ciptaan-Nya... 


0 comments: