Blogger news

Tuesday, December 6, 2011

kisah isteri penyabar


Suami : Saya kagum dengan sikap awk apabila kita bergaduh, awak dapat mngawal emosi awk dgn baik.. Macam mna awk mengawalnya ?

Isteri : Saya ke bilik air dan mencuci jamban.....


Suami : ?? huh ? Bagaimana ia dapat membantu ??


Isteri : Sebab saya mencuci menggunakan berus gigi awk.......


Suami : #%*/-@%!?!!#@&*!!


p/s: Hahaha, gile kejam bini die !




Sunday, November 6, 2011

kelebihan solat 5 waktu dan berpuasa



Assalamualaikum, 
Hari ni baru aku berkesempatan meng'update' blog kesayangan ni. Dah lama rupanya aku tak 'update', dikesempatan yang ada ni bersempena dengan hari ni iaitu hari Raya Aidiladha aku nak ucapkan selamat hari Raya Aidiladha kepada umat islam seantero dunia dan aku jugak nak berkongsi bahan tazkirah dengan para pembaca. Diharap dengan bacaaan ni dapat memberi kita walaupun sedikit peringatan tentang kewajipan solat dan berpuasa. 

Memang tak dinafikan kita sebagai manusia lalai dalam menunaikan amanah Allah ni termasuklah diri ku ni (mujurlah ada orang ketiga selain mak bapakku yang macam dah jadi 'reminder' dah pula..apa2 pun terima kasih) , pentingnya tazkirah tu bagi diri manusia yang mudah lalai :  

Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata,


'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'


Lalu Rasullullah saw bersabda,

'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi,

'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'


Sabda Rasullullah saw,

'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'


Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata,


'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'


Rasullullah saw bersabda,

'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'


Sabda Rasullullah saw lagi,

'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'


Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud,

'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'


Sabda Rasullullah saw,

'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'


Sabda Rasullullah saw seterusnya,

'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:


1. Dibebaskan daripada api neraka. 
  
2. Dibebaskan dari nifaq. 
 
Dirikan solat walau dimana kita berada


Kewajipan berpuasa,
 

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,


'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'


Sabda Rasullullah saw,

'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'


Kata orang Yahudi lagi,

'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'


Sabda Rasullullah saw,

'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:


1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram). 
  
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya. 
  
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal. 
  
4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga. 
  
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan). 
  
6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath. 
  
7. Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.' 
 

Kata orang Yahudi,

'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'


Sabda Rasullullah saw,

'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'


Kata orang Yahudi,

'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).' 
 
Pesanan  :    Sedikit peringatan untuk kita semua,

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286) 

Sekian.

Saturday, October 1, 2011

soalan-soalan lazim yang kurang bijak

Soalan Bangang Yang Buat Orang Lagi Bengang !! Ggrrrrrr !!

1)Bila orang nampak anda baring tutup mata....
Soalan: "Hyee! tidur ke?"
Jawapan: "Tak la,aku training mcm mana nak mati nanti..."

2)Imagine anda bawa tv anda yang rosak gi jumpa technician untuk repair,dia mesti tanya gak:
Soalan: "Nak repair tv ke?"
Jawapan: "Tak la,aku bosan! so sje aku bwk tv ni jln2."

3)Time anda bangun tidur, dan terus si bendul tu mesti tanya anda:
Soalan: "Hyep! da bangun?"
Jawapan: "Ish,aku tengah tido sambil berjalan-jalan..."

4)Kawan anda call phone umah anda dan...
Soalan: "Hello?.. Ada mana ?"
Jawapan: "Kat sini haa ,kat bus stop!!!"

5)Diorg nampak anda keluar dari bilik mandi dan dalam keadaab basah-basah..
Soalan: "Eh baru mandi ke?"
Jawapan: "Ehh! Mana ada , Aku jatuh dalam lubang jamban tadi!!!"

6)Anda di dalam toilet , pintu berkunci , ada gak orang ketuk pintu dan tanya anda..
Soalan: "Ada orang tak?"
Jawapan: "( *Suara Kiut* ) Mana ada orang!! Taik yang bercakap ni!!!"

Sunday, August 21, 2011

lagu upin & ipin - suasana di hari raya



Salam..
Raya Aidilfitri tahun ni Les Copaque Production ada membuat album raya yang menampilkan watak utama seperti Upin dan Ipin sebagai penyanyinya. Dibawah ni adalah video klipnya, rasanya video klip ni belum lagi rasmi dan sipa sepenuhnya kerana cuma ada suara Upin dan Ipin sahaja dan suara watak2 lain belum lagi dimasukkan. 

Janggal juga kan kalau Upin dangan Ipin dok sahut berdua je dalam video klip ni tanpa libatkan watak2 yang lain. Video klip yang rasmi akan keluar tidak lama lagi. Layan la yang ni dulu ye...



Tuesday, August 16, 2011

sekadar muhasabah dan peringatan diri di bulan mulia


Salam..
Sejak sesi pengajian aku bermula julai lepas aku dah tak berkesempatan untuk meng'update' blog ni dengan entri2 yang bermanfaat. Lagi2 dengan kedatangan bulan mulia ni iaitu bulan ramadhan, aku rase dengan ber'blog' la adalah salah satu medium dakwah yang lebih fleksibel dan santai. 


Dengan kita kini sudah berada pada fasa kedua di bulan ramadhan merujuk kepada sabda nabi Muhammad sesungguhnya Ramadhan itu mempunyai 3 fasa; 
Fasa pertama (1-10 Ramadhan) : Rahmat , 
Fasa kedua (11-20 Ramadhan) : Pengampunan dari dosa-dosa ,
Fasa  ketiga (21-30 Ramadhan) : Pembebasan dari api neraka. 
Sama-sama la kita mengigati antara satu sama lain moga ramdhan kali ni penuh dengan pengisian rohani dan pahala yang berlipat kali ganda dari Allah s.w.t dengan syarat segala amal ibadah serta perbuatan baik kita ikhlas.

...ada syariat Allah yang wajib kita penuhi di samping memerlukan keikhlasan di dalam hati...  


Apakah hak kita sebagai seorang hamba hendak menidakakan segala syariat dan perintah yang mana datangnya dari Tuhan kita rabbul-jalil? 

Segalanya haruslah bermula dengan kesedaran di dalam hati barulah lahirnya keinsafan diri. Memang hidayah itu datangnya dengan keizinan dari Allah tapi kita sebagai umat islam harus mencari hidayah tersebut supaya dapat balik kepangkal jalan menuju ke suatu perjalanan  untuk ke alam yang kekal abadi suatu hari nanti pasti.

Semua kewajipan serta syariat Allah yang diwajibkan keatas kita perlulah kita lakukan dengan ihklas supaya mendapat keredhaan dari-Nya dan supaya syurga yang dijanjikan oleh Allah akan dapat kita miliki. "Tinggalkan segala larangan-Nya, lakukan segala perintah-Nya.."

Selamat berpuasa kepada kawan2 seagamaku...

Note: Penulis berharap dapat bermuhasabah diri bersama sahabat2 yang lain. 

Wednesday, July 27, 2011

koleksi gambar yang berstatus 'fail'


Salam..
Sudah lama rasanya diri ini tidak menulis entri baru. Ehem..maklumlah aku sekarang semakin sibuk lagi2 dengan bermulanya kuliah macam sekarang ni. Tapi tidak mengapa, akan ku cuba juga memenuhi blog ini dengan entri2 yang aku rasakan sempat untuk aku sediakan.

Dah banyak entri gambar menarik dan kreatif yang telah aku 'post'kan tetapi kali ni aku rasakan ada satu lagi entri mengenai gambar yang agak menarik bagi aku untuk dikongsikan bersama. Gambar ni berkaitan dengan epik kehidupan seharian yang ada disekeliling kita yang aku rasa kita sendiri pun pernah perasan mahupun yang tidak pernah kita perasan. Betul lah ada sorang teman aku bagitau dia ni suka sangat memerhati gelagat dan perangai orang, rupanya disebalik itu akan ada adegan serta epik menarik yang dapat dilihat.   










Kalau kita sedar keunikan hidup ni mesti seronokkan memerhati kehidupan dan alam sekeliling ni...

Tuesday, July 19, 2011

Tasik Paling Cantik Di Dunia


Jika anda mahu melihat keindahan alam paling cantik di muka bumi ini, silalah datang ke Tasik Plitvice yang terletak di Croatia. Tasik ini diwartakan sebagai Taman Negara tertua di Eropah yang mempunyai 16 tasik yang membentuk Taman Negara Tasik Plitvice.


Tasik-tasik ini di kelilingi oleh 3 gunung. Dipercayai tasik-tasik ini mempengaruhi warna ketiga-tiga gunung itu. Warna gunung berubah mengikut musim dan kuantiti mineral di dalamnya. Ada kalanya gunung akan bertukar warna kepada hijau, biru dan kelabu. Cahaya matahari juga mempengaruhi keadaan ini.


Anda  akan berasa kagum keindahan tasik yang mengalir melalui gunung-ganang di Croatia ini.  Tasik ini menjadi daya tarikan pelancong sejak abad ke-19 sebelum diwartakan sebagai Taman Negara. 




Tasik yang bersempadan dengan Bosnia dan Herzegovina pernah menjadi tapak berek tentera Bosnia suatu ketika dahulu dan kemudian UNESCO mengubah kawasan ini sebagai tapak warisan dunia.




Terdapat dua belas tasik di bahagian atas dan empat tasik di bahagian bawah yang terbentuk daripada gunung-ganang itu. Sekali-sekala, anda dapat melihat ikan berliuk-liuk di  permukaan tasik manakala serigala dan rusa keluar dari hutan membongkok di tasik untuk menghilangkan kehausan.


Tasik Plitvice adalah salah satu ciptaan Tuhan yang tercantik di muka bumi ini. Banyak lagi ciptaan tuhan yang cantik dapat kita lihat andai kita memerhati ciptaan-Nya... 


Monday, July 18, 2011

Update! drama juvana - episod 13(episod akhir)


Intro: Mula2 aku tak ambik 'port' sangat drama Juvana ni. Tapi lepas tertengok sekali episod berape ntah aku pun dah lupa. Tiba2 aku rasa ada sesuatu yang 'interesting' pasal drama ni sebab banyak berkaitan dengan zaman aku masa peringkat sekolah menengah dulu. Ye memang kebanyakkan tindakan yang berlaku yang ada dalam drama tu memang terdapat kat sekolah aku dulu. Biasalah sekolah asrama semua budak laki ye dak.

  
Juvana drama bersiri terbaru di TV3 akan ke udara setiap Isnin jam 9 malam bermula 25 April 2011. Bagi sesiapa yang terlepas waktu untuk menonton darama Juvana bolehlah melihat dengan memuat turun terlebih dahulu episod2 yang di 'update' setiap minggu.

Link muat turun :


Episod 13

Watak2 yang terlibat dalam Juvana: 
Botak - Johan Asa'ri
Apek - Syazwan Zulkifly
Ayam - Adam Shah
Kicap - Farzeril
Gaban - M. Shafiq Ikmal
Fit - Shukri Yahaya
Panjang - Idzham Ismail
Chong - Add Syuhada
Gajah - Riki Rikando Idris
Komeng - Mohd Khairul Kamal 
Kedah - Fimi

Berikut adalah sinopsis Drama Juvana :
Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
 
Siapa yang layan daram Juvana ni boleh la layanzzz.

Sunday, July 17, 2011

bila manusia jadi pemalas

Salam...
Perkembangan teknologi sememangnya banyak membantu manusia dalam kehidupan. Tanpa teknologi, mungkin kita masih mundur dan menggunakan cara tradisional untuk menyelesaikan permasalahan. Contohnya tanpa kereta, kita mungkin masih menggunakan kereta lembu untuk sampai ke destinasi.


Namun tidak di nafikan juga bahawa teknologi juga menyebabkan manusia menjadi malas apabila terlalu bergantung kepada peralatan teknologi. Contohnya seperti gambar di bawah ini..












Kadang-kadang malas ni ada baiknya juga. Contohnya, malas la hari ni nak ikut kawan merempit. Ini secara tidak langsung ini dapat menyelamatkan nyawa orang lain di atas jalanraya. Jadi jangan pandang malas ini dari aspek negatif sahaja.

Memang teknologi dicipta untuk memudahkan urusan manusia tetapi kita hendaklah bijak menggunakannya. Apa yang penting jangan kita salahgunakan teknologi itu untuk kita menjadi malas kerana yang ruginya kita juga..

Friday, July 15, 2011

kegunaan 'smartphone' di sekolah dan tempat pengajian tinggi



Salam..
Hari ni aku nak membawakan satu entri ringkas mengenai kegunaan smartphone di sekolah pada masa akan datang. Jadi nanti kalau ada antara korang ni yang akan bergelar cikgu atau pensyarah tu haramkanlah penggunaan 'smarphone' di sekolah atau tempat pengajian tiggi supaya keadaan di bawah ni dapat dielakkan. Haha



Kuang ajo punya murid. Haha

Wednesday, July 13, 2011

malaysia 0 vs 4 arsenal


Salam...
Malam tadi telah berlangsung perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Arsenal di Stadium Bukit Jalil pada jam 8:45 malam. 


Memang ramai yang tidak dapat menonton perlawanan tersebut. Jadi, aku akan berkongsi dengan korang semua jaringan yang terhasil pada perlawanan malam tadi yang menyaksikan Malaysia tewas 0-4 kepada Arsenal FC.

Lihat video jaringan yang telah dihasilkan oleh pemain Arsenal...


Tahniah pada yang menang.

Tuesday, July 12, 2011

Jambatan terpanjang di atas laut di China


The Jaiaozhou Bay Bridge adalah jambatan paling panjang di atas laut di China. Jambatan ini mempunyai tiga cabang yang menyambungkan tiga pulau iaitu di Huangdao, Bandar Qingdao dan juga Pulau Qingdao untuk lapangan terbang mereka. 


Jambatan ini mencecah 26.4 batu jaraknya. Kalau rajin tukarkanlah kepada kilometer. Haha
















Pendek ke panjang?

Sunday, July 10, 2011

penjara paling selesa di dunia



Salam...
kalau korang pikir pasal penjara mesti ingat azab je kan. Tapi lepas korang tengok penjara ini, mesti ada yang nak masuk penjara sini. Hehe. Sebab ianya tak macam penjara pun, macam hotel '4 star' ad la..di Austria















Macam mana? Selesa? Hehe