Blogger news

Wednesday, August 8, 2012

oh cita-citamu



Situasi : Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.


Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.
“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.






Mendaki kondo 60 tingkat


Situasi : Ada 3 orang sahabat (A,B dan C) yang tinggal di sebuah kondominium .. Bilik mereka berada tingkat 60 (atas sekali) .. Suatu hari, lif kondo itu telah mengalami kerosakan ..
Mereka bercadang untuk menceritakan cerita sedih supaya mereka x berasa penat menaiki tangga ..

Si A : Apa kata kita ceritakan citer sedih supaya kita tak rasa penat naik tangga ..


Si B dan C : Okey ajer ! A, ko citer la dulu ..


Si A : Waktu kecik dulu , aku dibesarkan sebagai anak yatim piatu .. Jadi , kakak aku yg jaga aku dari kecik sampai aku dapat kerja ..

*Si B dan C menangis teresak-esak .. Tanpa mereka sedar , mereka berada di tingkat 38 .. Sambung cerita si B ..

Si B : Waktu aku miskin dulu , keluarga aku selalu mintak tolong kat jiran , tapi , tak de siapa yang tolong walau dermakan RM1 pun ..

*Si A dan C menangis teresak-esak dan mereka berada di tingkat 55 .. sambung pula cerita si C ..

Si C : Cerita aku lagi sedih ..


Si A dan B : Apa yang sedih sangat tuh ?


Si C : Ini dia ceritanya .. Kunci bilik kita tinggal kat dalam kereta ..


Si A dan B : APA ??!!


Tuesday, July 24, 2012

Adik Oh adik...



Situasi : Ali ialah seorang anggota polis .Pada suatu hari,ketika dia sedang pergi meronda di sebuah kampung,dia terlihat seorang budak menangis di tepi jalan lalu bertanya:

Ali : Kenapa adik menangis?

Budak : Saya nak lintas jalan ni…

Ali : La..tu pun nak menangis ke…Lintas ajelah,bukannya ada kereta lalu pun…jalan lengang ni..

Budak : Tapi mak kata kalau nak melintas jalan kena bagi kereta lalu dulu tapi dari tadi lagi tak ada kereta yang lalu pun.

Ali : %&$#%%..




Perfume kuat



Isteri : "Sayang, u kentut ya?"


Suami : "ha ah I kentut, sorry yer...."


Isteri : "Bau dia macam perfume Paris!


Suami : "Kenapa...Wangi yer....??


Isteri : "Bukan.. Tahan lama!" ppuuihhh!!





Monday, May 7, 2012

Surat Khabar Semalam



Situasi : Tina, 8 tahun, di suruh oleh ibunya untuk menjaga adiknya yang sedang bermain, kerana ibunya sedang memasak. 
Ketika sedang bermain, bayi adiknya itu memakan suratkhabar hampir habis 1 halaman. Tina sangat terjut dan takut 
dimarahi oleh ibunya...

Tina : "Ibu.... Adik makan surat khabar sampai hampir habis!".

Ibu : "Apa?!"

Dengan terkejutnya dan sambil berlari.. si ibu merebut sisa suratkhabar yang ada. Lalu dengan senyum si ibu menjawab....

Ibu : "Emm.. biarkan lah dia.. ibu ingatkan suratkhabar hari ni..".


Tina : WTF!!!



Sunday, May 6, 2012

Semakan Keputusan Permohonan IPTA / Politeknik Premier Sesi 2012 / 2013

Semakan Keputusan Permohonan IPTA Sesi 2012/ 2013. Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin mengetahui tarikh keputusan semakan Permohonan UPU, berikut adalah maklumat mengenai keputusan permohonan IPTA yang anda telah mohon.
Semakan UPU – Lepasan SPM

Semakan Temuduga IPTA (untuk kursus yang ada temuduga sahaja)
11 April 2012 : UTMUiTM dan UPSI
12 April 2012 : UPNM
Temuduga : 12 – 24 Apr 2012

Keputusan Permohonan UPU : 7 Mei 2012 . Semakan boleh dibuat di laman SEMAKAN KEMASUKAN IPTA 2012.

Keputusan UPU boleh disemak mulai 7 mei 2012 ini. Semakan boleh dibuat dalam dua cara iaitu secara online dan juga melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Berikut adalah cara bagaimana untuk membuat semakan keputusan UPU: Semakan Secara Online (boleh gunakan salah satu daripada link di bawah)

Cara Buat Semakan UPU 2012 Online
Semakan Keputusan melalui Laman UPU MOHE
Semakan Keputusan melalui Laman UTM
Semakan Keputusan melalui Laman UUM

Semakan Secara SMS
Taip: UPURESULT NO. KAD PENGENALAN dan hantarkan kepada 15888

Penerimaan Tawaran : 7 Mei 2012
Rayuan Ditutup : Mei 2012

Pendaftaran Pelajar Baru
Asasi : 27 Mei 2012
Diploma : 3 Jun 2012


Keputusan Rayuan: Jun 2012 




Tukar facebook timeline kepada yang lama / asal



Berikut adalah cara tukar dan kembalikan facebook timeline  kepada yang asal. Tutorial ini cuma berkesan untuk memaparkan facebook menggunakan profile lama kepada diri anda sahaja . Maknanya jika kawan kawan anda view profile, ia masih timeline. Apps ini cuma berkesan menggunakan komputer anda sahaja.

Applikasi ini dinamakan Facebook Timeline Remover. Berikut adalah langkah yang patut anda boleh ikuti:

LANGKAH 1 :
Download dan install extension ini mengikut jenis browser yang anda gunakan. Klik pada jenis browser dibawah untuk download.



LANGKAH 2 :
Savekan file yang didownload tadi

LANGKAH 3 :
install dan enablekan extension tersebut.




LANGKAH 4 :
Refresh facebook anda dan ia akan kembali kepada profile lama.




Semut dan Gajah



Seekor semut membisikkan ke telinga seekor gajah...
...Kemudian si gajah jatuh ke tanah....

...dan pengsan...


Nak taw ke semut cakap apa???
"Syg.....I hamil anak u..."




Saturday, May 5, 2012

kisah bakal pengantin



Alkisah...
Di sebuah rumah, sepasang pengantin akan dinikahkan.Selepas pengantin lelaki menjawab lafaz nikahnya,tok kadi pun bertanya pada wali & 2 saksi pengantin:

Tok kadi: Sah?(sambil melihat wali)


Wali : Sah tok…


Tok kadi : Saksi ,sah?


Saksi : Sah..sah


Tok kadi : sah? (sambil melihat saksi 2)



Saksi 2: Err..saya tak berapa dengar dengan jelas, rasanya lontaran suara si pengantin tak begitu mantop...emmm,pitching die lari sikit,pengantin ni tak menghayati dengan baik…punchline tak smpai..orang tetunggu2 mane tapi takde…lagi 1 rupa ade tapi kalu suara tak bagus tak guna gak..cuba sekali lagi k..nice try…

Tok kadi : Haaaaa…???



Friday, May 4, 2012

Mari belajar 'trick' cover bila anda terjatuh


Cara cara untuk cover MALU....

  1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknye anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai.lepas tu baru bgn bila takde orang nampak.
  2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak.
  3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.
  4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.
  5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda.
  6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula.
  7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu.ye tak?.
  8. Kalo jatuh hati, "tak dapek den nak nolong..."

Thursday, February 23, 2012

Atukku hero



Biasalah kalau cucu-cucu pulang ke kampung mesti minta atuk bercerita. Atuk pula jenis 'pompang' lalu menceritakan kepada cucunya mengenai kehebatannya melawan perompak... 


Atuk: Dulu atuk pernah berlawan dengan 4 orang perompak sekaligus. Dengan menggunakan segala ilmu persilatan yang atuk miliki, atuk berjaya mengalahkan 3 orang perompak tu. . .

Cucu: Wah! Teror lah atuk. . . Tapi yang sorang lagi macam mana?

Atuk: Ha, dia tu lah yang bawa atuk pergi hospital. .

Cucu : Ohhh!!!@#$%^%&



Friday, February 3, 2012

Situasi di kedai runcit di sebuah kampung


Ada seorang budak mahu beli gula...

Budak : Auntie!! ada gula kah?
Auntie : Ada.. sana tu (sambil menunjuk tempat)..
Budak : Tiada pun.. garam sama belacan saja ni...
Auntie : Ada pun.. (sambil mengambil bungkusan dari rak yang bertulis Garam..) ..
Budak : Auntie!! saya mahu gula bukangaram...
Auntie : Gula la ni.. tapi saya sengaja tulis garam supaya itu semut tidak nampak..! :D

p/s: kihkihkih