Tuesday, May 31, 2011

lapangan terbang paling berbahaya di dunia



Intro: Korang mesti pernah tengok kapal terbang tergelincinrkan. Banyak sebab kapal terbang tergelincir. Tapi yang pasti keadaan landasan kapal terbanglah yang membuat juruterbang tu pikir dua tiga kali untuk 'landing'. Tapi bagi 'pilot' yang bertaraf 'hustler' landasan macam mane pun dorang boleh redah. Entri kali ni aku nak tunjukkan beberapa landasan kapal terbang yang bertaraf 'hardcore' yang sering menjadi igauan para 'pilot' amatur...


  
Take Off dan Landing merupakan proses yang paling berbahaya bagi pesawat terbang. Sebab itu airport atau landasan kapal terbang dibangun dan disiapkan untuk mengurangi risiko yang terjadi sesuatu yang tak diingini dalam proses 'take off' dan 'landing' ini. Berikut adalah senarai landasan kapal terbang yang paling bahaya.


Tangga ke-7...
Lapangan Terbang Lukla, Nepal
Landasan kapal terbang ini terletak di ketinggian 2900 meter dari permukaan laut, adalah landasan kapal terbang atau airport paling tinggi di dunia. Lukla Airport adalah airport kecil di kota Lukla di timur Nepal. Pada bulan Januari 2008, pemerintahan Nepal mengumumkan bahwa airport tersebut diganti namanya menjadi Airport Sir Edmund Hillary, sempena nama manusia pertama yang mencapai puncak Everest. Airport ini sendiri cukup popular karana banyak yang menggunakannya sebagai tempat pertama bagi pendakian ke puncak Everest.



Tangga ke-6...
Lapangan Terbang Madeira
Lapangan terbang Madeira dikenali juga sebagai Funchal Airport atau Santa Catarina Airport. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Kota Funchal, Madeira. Lapangan terbang ini berfungsi mengawal lalu lintas pesawat baik bagi pesawat domestik mahupun antarabangsa dari kepulauan Madeira.

Airport ini tidak disukai banyak juruterbang kerana landasannya yang pendek dan dikelilingi dengan gunung dan lautan luas. Hal ini membuatkan proses 'take off' dan 'landing' sangat sukar walaupun bagi 'pilot' profesional sekalipun. Panjang landasan asalnya adalah hanya 1.4 kilometer tetapi ditambah lagi sepanjang 400 meter setelah sering terjadi kemalangan pada tahun 1977. Kemudian pada tahun 2003 'airport' ini dibina kembali dengan panjang landasan yang ditingkatkan hampir dua kali ganda dari atas laut dengan menggunakan blok-blok penahan atau tiang penyokong beban setinggi 70 meter.




Tangga ke-5...
Lapangan Terbang Antarabangsa Barra
Lapangan terbang ini merupakan satu-satunya lapangan terbang di dunia yang menggunakan pantai sebagai landasannya. Jika anda ingin mengunjunginya, anda boleh menaiki British Airways yang membuat penerbangan ke Barra dari Glasgow atau Benbecula.

Lapangan terbang ini dipenuhi air pada waktu air laut pasang dan bila anda datang pada waktu petang menjelang malam hari, anda mungkin akan menemui beberapa kereta diletakkan di persisir pantai dengan lampu yang menyala untuk membantu juruterbang bagi mendarat.


Tangga ke-4...
Lapangan Terbang Gustaf III (St. Bart)
Gustaf III Airport dikenali juga sebagai Saint Barthélemy Airport adalah lapangan terbang  komersial yang terletak di di kepulauan Karibia di Saint Barthélemy. Lapangan terbang  ini dinamakan berdasarkan nama King Gustav III dari Sweden.

Lapangan terbang ini hanya beroperasi bagi pesawat komersial ringan atau kecil sahaja. Rata-rata pesawat yang mendarat adalah yang membawa tidak lebih dari 20 orang penumpang seperti pesawat Twin Otter. Ianya berbahaya kerana mempunyai landasan yang pendek berakhir di pantai dan awal landasan ini adalah berdekatan bukit membuat.  Ia berbahaya bagi pelancong yang berjemur di ujung landasan, walaupun ada peringatan untuk jangan berjemur di lokasi itu.


Tangga ke-3...
Lapangan Terbang Courchevel (France)
Courchevel adalah nama tempat di mana acara olahraga ski diadakan di pegunungan Alpen, Perancis. Lapangan terbang  ini memiliki beberapa beberapa ciri yang berbahaya seperti mempunyai landasan yang hanya sepanjang 525 m dan  permukanaan landasan yang berdarjah secondong 18.5%. Akibat landasan ini pendek, juruterbang harus mendarat di puncak landasan  dan terbang ke arah landasan yang menurun.

Siapakah yang mendarat di sini ? salah satunya adalah Pierce Brosnan, sewaktu membintangi film James Bond 'Tommorow never dies' pada permulaan filem tersebut. Kita harus menggunakan helikopter atau pesawat charter kecil dan juruterbangnya pun harus dilatih terlebih dahulu sebelum membuat pendaratan disana.


Tangga ke-2...
Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin (Saba)
Lapangan terbang Juancho E. Yrausquin adalah satu-satunya lapangan terbang Pulau Saba di kepulauan Karibia. Lapangan terbang ini sangat terkenal dengan cara pesawatnya mendarat  atau 'take off' di atas landasan tersebut.

Beberapa pakar penerbangan berpendapat bahawa lapangan terbang ini merupakan salah satu lapangan terbang paling berbahaya di dunia walaupun tidak ada tragedi besar yang berlaku di sini. Di hujung landasan ini terdapat huruf 'X' besar yang menandakan bahawa lapangan terbang ini tidak menerima sebarang penerbangan komersial.

Bahaya datang dari faktor geografi lapangan terbang itu sendiri, iaitu satu sisi bukit yang tinggi dan di kedua hujung landasannya terdapat jurang yang terus menuju ke arah laut. Sangat berbahaya bagi pesawat dengan kemungkinan tidak dapat mendarat dengan sempurna lalu jatuh ke dalam laut atau kurang tenaga untuk menaikkan pesawat yang menyebabkannya akan jatuh ke laut juga.


Tangga PERTAMA...
Princess Juliana International Airport (Saint Martin)
Inilah lapangan terbang paling bahaya di dunia. Tidak perlu diterangkan lagi apa bahayanya, lihat sahaja pada gambar yang terdapat dibawah. Landasan ini sangat dekat dengan pantai yang selalu dipenuhi oleh para pelancong yang sedang berjemur. Walaupun belum pernah ada kemalangan serius yang meragut nyawa, tetapi impak sewaktu kapal terbang hendak berlepas dan mendarat boleh menjadi kecelakaan yang serius jika berlaku sedikit kesilapan ketika mendarat atau berlepas.

Pertanyaan mengapa airport ini masih digunakan, bahkan untuk penerbangan komersial yang padat ? Jawapannya adalah kerana keunikan lapangan terbang ini yang lokasinya berada dalam suasana paling aman untuk penerbangan dari seluruh lokasi yang ada di pulau ini. 


Disebabkan inilah lapangan terbang tersebut digelar sebagai lapangan terbang  yang paling berbahaya di dunia setakat ini.

Monday, May 30, 2011

alex ferguson ditemuramah dalam bahasa melayu


Intro: Selepas perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah yang menyaksikan Manchester United tewas 1-3 kepada Barcelona semalam ferguson ditemuramah oleh seorang wakil media. Dia nampak agak kecewa sehinggakan telah menjawap soalan oleh media berbahasa melayu tanpa disedari. Wakil media Malaysia mana lah yang pergi Stadium Wembley untuk buat liputan semalam...lol

Kalau anda kurang faham, teruskan menonton temuramah Ferguson dengan wakil media tersebut di bawah...


Yang pastinya ni mesti kerja 'haters' Manchester United ni...hehe. Papapun memang kreatif lah.

psstt: video ni sekadar gurauan sahaja. Fans MU jangan ambil hati ye. Inilah hasil kreativiti beberapa orang insan yang aku jumpa pagi tadi.

Sunday, May 29, 2011

seni kopi - Latte

Intro: Salam semua. Malam tadi lepas pekena kopi sambil lepak teringat plak dulu aku pernak ternampak orang melukis kat atas kopi. Jadi, aku pun cari kat internet untuk dikongsikan sedikit sebanyak mengenai lukisan yang dipanggil seni kopi ni.


Seni kopi ni pun sebenarnya mempunyai nama saintifiknnya sendiri iaitu Latte atau Caffè latte (Bahasa Itali yang bermaksud kopi susu) adalah espresso atau kopi yang dicampur dengan susu dan memiliki lapisan buih yang tipis di bahagian atasnya. Perbandingan antara susu dengan kopi pada campuran caffè latte adalah 3:1. Minuman ini pertama kali ditemui di Itali pada akhir 1950 oleh Lino Meiorin.


Lino merupakan pemilik sebuah cafe di Italia. Pengunjung cafenya ketika itu tidak terbiasa dengan rasa dari cappuccino tradisional yang sangat pahit oleh sebab itu mereka meminta lebih banyak susu (latte) untuk dicampur dengan kopi tersebut.

Lama-kelamaan Lino memutuskan untuk menjual minuman kopi dengan kandungan lebih banyak susu dan dipanggil sebagai "caffè latte".Ketika itu, ia menyajikan caffè latte dalam mangkuk dan kemudian beralih menggunakan gelas bir. Kini, caffè latte disajikan dalam cawan dan dikenakan dengan sedikit sentuhan seni (Art of Latte).

Salah satu faktor penting dalam sesebuah kopi itu adalah kualiti buih susu yang berfungsinya untuk meningkatkan dan memperkuat rasa kopi, bukan sebaliknya. Jadi bukanlah kopi kalau rasa susunya lebih muat dibandingkan dengan kopinya, atau kopi dengan sedikit rasa susu.

Macam-macam gambar yang dibuat dengan menggunakan kopi...

Saturday, May 28, 2011

keputusan final champion league 2011 barcelona vs manchester united

Intro: Barcelona juara Eropah
Keputusan akhir/penuh : Barcelona 3-1 Manchester United



Lionel Messi dan David Villa memastikan Barcelona merangkul trofi Liga Juara-juara Eropah dengan menewaskan Manchester United 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Wembley awal pagi ini.

Walaupun Manchester United berjaya mengikat Barcelona 1-1 apabila Wayne Rooney menyamakan kedudukan pada minit ke-34 selepas Pedro Rodriguez menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-27, namun dua gol selepas itu memastikan juara Liga Sepanyol itu berhak mendapat gelaran juara kelab Eropah musim ini.

Sebaik separuh masa kedua berjalan Messi hanya mengambil masa sembilan minit meletakkan kembali Barcelona di hadapan dan jaringan Villa pada minit ke-69 mengesahkan kemenangan Barcelona dengan 3-1. Berikut adalah video rakaman perlawanan akhir liga juara-juara Eropah pagi tadi.

Gol pertama perlawanan dari Barcelona oleh Pedro pada minit ke-27...


Gol penyamaan dari Wayne Rooney pada minit ke-34...

Gol ke-2 Barcelona dari Lionel Messi pada minit ke-54...

Gol ke-3 Barcelona dari David Villa pada minit ke-69...

Berikut adalah statistik perlawanan. Kita dapat lihat Barcelona telah mendominasi permainan pagi tadi. Jumlah cubaan dari Barcelona ke pintu gol Man Utd juga adalah banyak berbanding hanya 4 percubaan dari Man Utd kepada pintu gol Barcelona..


Ini pulak adalah statistik pemain Barcelona dan Manchester United. Statistik pemain dapat dilihat seimbang dengan kad kuning dilayangkan kepada kedua-dua belah pasukan dan kedua-dua pasukan telah menggunakan pertukaran pemain secara maksimum. Tapi biasa lah helah pada pasukan yang mendahului iaitu membuat pertukaran pemain pada saat-saat akhir permainan...


Apa pun tahniah pada pasukan Barcelona yang telah meraih gelaran terhebat bagi kelab Eropah bagi musim 2010/2011. 


video maharaja lawak minggu 9

Huhuhu...
boleh tahanlah maharaja lawak minggu ni. Suka tengok persembahan kesemua perserta sebab digabungkan dengan pelawak senior malam tadi. Macam cakap Saiful Apek yang merangkap juri malam tadi, "macam nak terputus urat pankreas"nengoknya. Tapi sedih juga sebab kumpulan balas tersingkir minggu ni, mungkin bukan rezeki diaorang kot. Yela, lawak mane boleh nak ulang yang sama je dengan double meaning dia tu, nanti penonton bosan. kalau aku lah jadi juri, tak tahu nak komen apa, sebab rata-ratanya semua best. Jozan dengan persembahan yang menampilkan semula watak Mail Lambung. Jambu pula dengan segmen apa pun tak boleh, memang best. Tapi boleh kata minggu ni jambu paling menyerlah diantara kesemua peserta, syabas inspektor sahab. Kepada sesiapa yang tak dapat melihat persembahan mereka di Astro macam aku, boleh laa tengok sendiri kat bawah ni ye...

Persembahan kumpulan Jozan...


Persembahan nabil...

Persembahan kumpulan Jambu...

Persembahan kumpulan Sepah...

Persembahan kumpulan Balas...

Persembahan kumpulan R2...

Dan akhir sekali, penyingkiran malam tadi adalah Balas...

Friday, May 27, 2011

malaysia tenggelam 2020

Intro: Asal tengahari je panas. Panas boleh dikatakan melampau la juga. Tapi, api neraka lagi panas der...



Salam semua...
Dalam entri kali ni saje je aku nak berkongsi sebenarnya mengenai sebahagian malaysia akan tenggelam dalam tahun 2020 akibat dari pemanasan global. Bukan satu Malaysia tenggelam, tajuk tu saje bagi pendek. Sebenarnya ini bukan suatu fakta tapi adalah jangkaan dari saintis jika pemanasan global sekarang ni berterusan sehingga ke tahun 2020. Melaka, Penang, Selangor terutama Klang, daerah Muar dan beberapa kawasan lain mungkin akan tenggelam pada tahun 2020 jika pemanasan global berterusan akibatnya akan berlaku pencairan ais di kutub dan seterusya paras laut dunia akan meningkat. Pada ketika itu, Malaysia akan menjadi sebuah kepulauan dan Singapore telah hilang terus dari peta dunia.


Tiada yang mustahil bukan? Jadi beringat-ingatlah dan sayangilah bumi kita. Ambil langkah yang sepatotnya untuk mengurangkan pelepasan haba. 'Save Our Earth'...

pssttt: jagelah elok2 bumi kite ni, nanti anak cucu kite akan jadi pewaris. Kite ade bumi ni satu je dan kite takde planet Namek yang ada oksigen.

Thursday, May 26, 2011

Koleksi lubang terdalam di dunia

Salam...
Sejak kebelakangan ni minat pulak nak membaca pasal bende2 yang menakjubkan kat dunia ni. Dengan itu, aku nak kongsikan dengan sume apa yang dah aku bace dalam bentuk entri2 yang dihasilkan ni. Macan kat atas tu, entri kali ni bertajuk lubang terdalam yang terdapat di muka bumi kita ni. Untuk lubang yang terdalam kat dalam Malaysia ni yang sedalam dengan lubang yang ada di muka bumi ni taktau lagi kat mane yang ada. Tapi, kalau ada yang tau kongsi2kan la ye. Berkembang sikit otak nanti. Hehe.


Lubang yang pertama adalah,

Kimberley Big Hole, Afrika Selatan
Kimberley bermula sebagai sebuah bandar yang dipanggil “New Rush” dan diganti namanya Kimberley pada 5 Jun 1873. Lubang sedalam 1097 meter ini terjadi apabila digali manusia sendiri dan telah menghasilkan lebih 3 tan berlian sebelum ditutup pada 1914. Tiga daripada sisa lubang iaitu Toitspan Du, Wesselton, dan Bultfontein juga ditutup pada tahun 2005.

 
Seterusnya,

The Great Blue Hole, Belize
The Great Blue Hole adalah lubang pembuangan air yang besar di luar pantai Belize, sebuah negara di Amerika Tengah. Lubang ini dibentuk sebagai sistem gua kapur selama zaman ais terakhir ketika permukaan laut jauh lebih rendah. Terdapat banyak lubang biru di dunia tetapi tidak dapat menandingi kehebatan lubang biru yang satu ini. Ia telah pun menjadi Tapak Warisan Dunia United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).


The Bingham Canyon Mine, Utah
The Bingham Canyon Mine, juga dikenali sebagai Kennecott Copper Mine dimiliki oleh Rio Tinto Group, sebuah syarikat perlombongan antarabangsa  yang berpusat di United Kingdom. Galian telah beroperasi sejak 1863 sehingga hari ini dan telah mengakibatkan terciptanya sebuah lubang yang  merangkumi 1.900 hektar (7,7 km ²). Bingham Canyon Mine penggalian buatan manusia yang terbesar di dunia. Ini telah diakui oleh National Historic Landmark pada tahun 1966 di bawah nama Bingham Canyon Open Pit Copper Mine.


Sinkhole, Guatemala
Pada 23 Februari 2007, sebuah lubang sedalam 330 kaki telah terbentuk dan mengakibatkan ianya menelan 12 rumah dan 3 orang terkorban. Lubang ini menyebabkan bau busuk. Sinkhole ini disebabkan ketika (air hujan atau kotoran biasanya) di dalam bumi hilang pada sekala yang besar sehingga menyebabkan perubahan tekanan yang besar dari bawah tanah, ketidakstabilan dalam tanah serta menyebabkan permukaan tanah 'collaps' atau runtuh ke dalam bumi. Tengoklah perbandingan kedalaman lubang Guatemala dengan Patung Liberty, 2 kali ganda lebih kedalamannya.



Glory Hole, Monticello Dam, California
Terletak di Monticello Dam di Tasik Berryessa, California Utara, lubang raksasa ini bertindak sebagai injap tasik. Empangan dan injap ini dibina diantara tahun 1953 dan 1957.  Ia mampu menelan 48.400 kaki padu per saat (1370 m³ / s) dan jarak daripada saluran ke titik pintu keluar adalah sekitar 700 meter. Jenis injap pada asalnya adalah saluran konkrit gergasi. Lubang diameter terbesar adalah 72 meter dan mengecil sekitar 28 meter.


Diavik Diamond Mine, Kanada
Diavik Diamond Mine adalah lombong berlian di Daerah Utara Northwest Territories, Kanada, sekitar 300 kilometer (186 batu) utara Yellowknife. Ia telah menjadi bahagian penting untuk ekonomi daerah sehingga mampu menggajikan 700 perkerja dan dan menghasilkan 8 juta carats (1600 kg) berlian setiap tahun. Tapak galian ini dimiliki oleh perusahaan antara Harry Winston Diamond Corporation dan Diavik Diamond Mines Inc, anak syarikat Rio Tinto Group. Usia lombong ini dianggarkan 16-22 tahun. Bermula dengan pemandangannya pada musim sejuk...


Mirny Diamond Mine, Siberia
Lubang buatan manusia kedua terbesar di dunia ini  adalah sebuah lombong berlian yang terletak di pinggiran Mirny, sebuah bandar kecil di Siberia timur. Galian ditemui pada 13 Jun 1955 oleh ahli geologi Soviet Yuri Khabardin, Ekaterina Elagina dan Viktor Avdeenko semasa Ekspedisi Amakinsky. Galian adalah 525 meter (1.720 kaki) dalam dan mempunyai diameter 1.200 m (3,900 ft). Ruangan udara di atas lombong ditutup untuk helikopter kerana beberapa kejadian di mana mereka telah disedut  oleh aliran udara ke bawah.


Darvaza Gas Crater, Turkmenistan
Darvaza Turkmenistan atau dipanggil 'door to hell' terletak di Derweze daerah yang kaya akan gas asli. Mengikut sejarah, ahli geologi pada tahun 1971 secara tidak sengaja menemui sebuah gua bawah tanah yang penuh dengan sumber gas asli. Malangnya tanah di bawah mengalami runtuhan dan meninggalkan lubang besar dengan diameter sekitar 50-100 meter. Untuk mengelakkan pembuangan gas beracun, maka diputuskan untuk membakar gas yang keluar.  Geologis itu berharap api akan keluar dalam beberapa hari tetapi gas terus membakar selepas itu. Ada beberapa tempat di seluruh dunia yang penduduk percaya adalah pintu ke neraka.

Video inilah dikata lubang yang dipanggil 'Door to Hell'

Jangan ingat kat Malaysia pun takda lubang. Semestinya ada tapi tak la sedalam lubang2 yang termasuk dalam list lubang terdalam di dunia. Tapi tahap bahaya lagi dasat kot dari yang luar negara tu punya. Nah ni dia...tempat berlaku di Kota Kinabalu, Sabah. Lubangnya selebar 5 meter. Lori, kereta pun boleh lesap masuk ke dalam. Kalau motor macam mane la pulak. Hilang terus kot.